# 12 Headline Iklan Search Yang Selalu Menang

- Link: https://www.adx.my/12-headline-iklan-search/
- Published: 2025-09-23T03:19:49+08:00
- Author: Fazrul Izwan Mahmud

“70% orang klik iklan hanya berdasarkan headline.”

Statistik ni bukan sekadar nombor. Ini realiti. Bila orang cari sesuatu kat Google,
mereka bukan baca semua. Mereka scan. Sekilas pandang je, kalau headline tak tangkap
perhatian, terus skip.

Sebab tu dalam dunia iklan search (Google Ads, YouTube Ads, Shopee Search, etc),
headline bukan sekadar penting. Dia penentu hidup mati iklan.

Berikut 12 jenis headline yang selalu perform dan terbukti bawa hasil:

---

**1. Headline “Masalah Terbakar”**
Contoh: _Rambut Gugur Setiap Hari? Ini Sebab 
Utama Ramai Tak Sangka._

Gunakan masalah yang memang menyakitkan. Lagi menyakitkan, lagi kuat tarik perhatian.

**2. Headline Format “Cara”**
Contoh: _Cara Kurus Tanpa Perlu Tahan Lapar Atau Berlapar._

Format “cara” sentiasa relevan. Orang memang suka step-by-step solutions.

**3. Headline “Nombor & List”**
Contoh: _7 Teknik Simpan Duit Gaji Yang Ramai Tak
Buat._

Nombor bantu otak scan info dengan cepat. Ini format paling evergreen.

**4. Headline “Apa Sebab…”**
Contoh: _Kenapa Ramai Yang Gagal Dalam Bisnes Online?_

Timbulkan rasa ingin tahu. Format ni buat orang rasa dia perlu tahu jawapan.

**5. Headline Guna Nama Tempat / Lokasi**
Contoh: _Servis Aircond Murah Shah Alam(
Datang Terus Ke Rumah)._

Sangat efektif untuk local targeting. Guna lokasi spesifik tingkatkan relevansi.

**6. Headline Format Soalan**
Contoh: _Nak Tahu Kenapa Kulit Muka Anda Kusam?_

Soalan trigger otak. Ia buat orang pause dan engage.

**7. Headline “Jaminan / Result”**
Contoh: _Pulih Resdung Dalam 3 Hari Tanpa Ubat
Kimia._

Kalau result tu plausible dan believable, ini sangat convert.

**8. Headline “Banding / Alternatif”**
Contoh: _iPhone atau Samsung? Ini Pandangan
Tech Reviewer Bebas._

Orang suka buat perbandingan sebelum buat keputusan beli.

**9. Headline Format “Rahsia”**
Contoh: _Rahsia Freelance Dapat 5 Klien Pertama 
Tanpa Guna Iklan._

Format ni bawa rasa eksklusif dan curiosity.

**10. Headline “Testimoni Gaya Cerita”**
Contoh: _“Saya Dulu Tak Pandai Mengaji,
Tapi Kini Ajar Orang Lain.”_

Gaya storytelling testimoni sangat kuat untuk tarik trust dan emosi.

**11. Headline Gaya “Negative Reverse”**
Contoh: _Jangan Beli Produk Ni Kalau Taknak
Jimat Duit Banyak._

Psychological trigger yang sangat jarang tapi kuat bila kena tempat.

**12. Headline Format “Cepat / Terhad”**
Contoh: _Diskaun 50% Untuk 24 Jam Sahaja(
First Come First Serve)._

Fear of Missing Out (FOMO). Sangat berkesan untuk dorong tindakan cepat.

---

**Kesimpulan:**

Bila buat iklan, jangan tulis headline ikut sedap rasa. Tulis ikut strategi.

Uji banyak versi. Track yang mana convert paling tinggi.

Sebab dalam dunia search ad, headline bukan tempat nak “cantik-cantik”.

Ia tempat untuk tangkap perhatian dan bawa klik.

Dan 12 format ni — dah terbukti, dah banyak kali menang.

Jadi, next time nak tulis headline, buka balik senarai ni. Pilih satu format. Execute.

Dan tengok beza dia nanti.
